Monday, 13 May 2013
Soalan Latihan Pantun
Baca pantun di bawah ini dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Pantun Empat Kerat (Budi)
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
1) Apakah maksud sebenar sebagai hutang seribu tahun? (3 markah)
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
1) Apakah maksud sebenar sebagai hutang seribu tahun? (3 markah)
2) Kemukakan tiga pengajaran yang boleh didapati dari pantun
di atas. (3 markah)
3) Apakah tema pantun di atas? (3 markah)
Soalan Latihan Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka
anak
angkat
angkat kaki
alas perut
bahasa
dalam bekas tangan
cabut nyawa
durian
runtuh mencari
jalan beri muka
|
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi
Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor
gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu,
semua penjaja yang tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan
........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan
semua orang.
6. Inilah manuskrip
..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada
anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak
.......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis
sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia
selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan
mendapat .....................
Sunday, 12 May 2013
PEMARKAHAN PENULISAN
PEMARKAHAN PENULISAN
1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )
a. Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting.
( Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. )
2 markah X 4 isi yang lengkap = 8 markah
1 markah pendahuluan = 1 markah
1 markah penutup = 1 markah
2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )
Aspek bahasa terbahagi
a. Perbendaharaan kata = 3 markah
b. Struktur ayat = 3 markah
c. Imbuhan = 3 markah
d. Tanda baca = 3 markah
e. Ejaan = 3 markah
Jumlah 15 markah
B. Potong Markah
1. Bilangan perkataan tidak mencukupi
- kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )
- 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )
- 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )
- 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )
2. Bagi setiap satu kesalahan
- imbuhan tolak ½ markah
- tanda baca tolak ½ markah
- ejaan tolak ½ markah
TANDA MEMERIKSA
isi
salah guna perkataan _____________________
kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\
kesalahan ejaan /
kesalahan ejaan yang berulang //
tanda yang tertinggal /
kesalahan imbuhan
kesalahan tanda baca O
isi yang tidak berkaitan ( )
Plagiatisme
PLAGIATISME PUNCA
KEBEJATAN INTELEKTUAL
1.0 PENGENALAN
Plagiatisme merupakan
salah satu “jenayah” yang kerap berlaku di institusi pengajian tinggi dan
menjejaskan integriti akademik. Matlamat mewujudkan komuniti akademik, iaitu
pembangunan dari aspek intelektual dan etika akan terbantut dengan wujudnya
gejala plagiatisme. Sesebuah insititusi
pengajian tinggi sama ada pelajar atau pensyarah mempunyai kebarangkalian
terlibat dengan plagiatisme kerana ia boleh berlaku sama ada disengajakan atau
tidak (Eng, 1995).
Menurut
University of Maine Farmington, plagiarisme adalah mencuri perkataan, idea,
imej atau karya-karya kreatif yang lain. Sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja, plagiarisme dianggap satu jenayah yang serius di kedua-dua akademik
serta profesional dunia dan akibatnya adalah sangat serius.
Kata adalah terma yang diambil daripada kata plagiarize
dalam bahasa Inggeris. Plagiarize secara etimologinya berasal
daripada kata Latin plagiare yang membawa maksud menculik atau
melarikan. Penggunaan terma ini dalam sejarah bahasa Inggeris telah digunakan
seawal tahun 1600-an (The word detective, 2002). Manakala terma plagiarisme pula juga berasal
daripada bahasa Latin, iaitu plagiarus yang bermaksud penculik
(Saunders, 1993:224). Plagiarisme boleh
didefinisikan sebagai kelakuan yang mengarah kepada menciplak dan melanggar hak
moral seseorang pengarang.
Wilhoit (1994) dalam kajiannya menyatakan,
tingkah laku berikut termasuk dalam plagiarisme:
(i) Membeli kertas kerja daripada
syarikat perkhidmatan yang menyediakan
kertas kerja atau mendapatkan tugasan
daripada gedung kertas kerja sama
ada secara bayaran atau percuma
seperti dalam internet.
(ii) Meniru tugasan pelajar lain tanpa
pengetahuan pelajar tersebut seperti
menyalin (copy) fail kawan daripada
komputer.
(iii) Meminta bantuan daripada kawan
untuk menyediakan tugasan.
(iv) Memetik maklumat dalam sesuatu
rujukan tanpa pemberitahuan (tanpa
menyatakan rujukan).
(v) Memetik kata-kata atau pendapat
seseorang penulis daripada sesuatu
rujukan tanpa menulis tanda petikan.
(vi) Memparafrasakan bahan daripada
sesuatu sumber teks tanpa melakukan
dokumentasi yang sepatutnya.
2.0 PUNCA-PUNCA PLAGIATISME
Persepsi yang paling umum tentang plagiatisme
ialah menyalin kerja orang
lain perkataan demi perkataan tanpa melakukan apa-apa
penyelidikan dan menamakan ia sebagai ciptaan sendiri. Penn State
University menyatakan ini sebagai
penyalinan borong. Walau bagaimanapun, penggabungan bahagian besar daripada
sumber ke dalam tugasan atau ubahan maklumat yang tidak
lengkap daripada sumber juga dianggap plagiatisme. Ramai yang tidak memahami apa itu
plagiarisme yang sebenarnya sebab itu lah gejala ini sukar untuk dibanteras. Daripada kajian Ashworth dan Bannister
(1997), para pelajar institusi pengajian tinggi didapati tidak mempunyai
maklumat yang lengkap tentang tingkah laku yang dianggap sebagai plagiarisme.
Ini menyebabkan gejala plagiat berleluasa di kalangan para pelajar di institusi
pengajian tinggi.
Tekanan daripada
ibubapa untuk mengatasi rakan-rakan sebaya dan kebimbangan untuk bersaing
merupakan pencetus utama kepada ketakutan untuk menghadapi kegagalan. Dalam semangat mereka untuk cemerlang,
sesetengah pelajar dengan berani nya menggabungkan idea-idea orang lain di
dalam tugasan mereka dengan harapan mereka tidak akan ditangkap atau percaya
bahawa perubahan kecil yang mereka lakukan dalam tugasan mereka tersebut
menjadikan ia nya bukan plagiat.
Penangguhan dalam
menyiapkan tugasan boleh menjadi salah satu daripada sebab-sebab mengapa
seseorang itu mungkin terpaksa menyalin kerja orang lain. Kadang-kadang pelajar
gagal untuk merancang masa mereka dengan betul. Tekanan akademik berat telah
dipetik oleh Penn State University sebagai salah satu daripada sebab-sebab
mengapa pelajar memplagiat hasil karya orang lain.
Faktor kemalasan
seseorang pelajar untuk memikirkan idea nya sendiri dalam melakukan tugasan
mereka juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan
plagiatisme hasil kerja yang menjadi milik orang lain. Sesetengah pelajar tidak mahu memerah otak
untuk memikirkan beberapa idea yang belum pernah dikemukakan oleh orang
lain. Mereka lebih cenderung untuk meniru
dan menyalin idea orang lain tanpa perlu berfikir untuk mencari idea baru yang
bernas.
Walaupun
telah mengetahui dan mempelajari pelbagai teknik untuk mengelakkan plagiatisme,
namun masih ada sebilangan besar pelajar yang tidak mahu mempraktikkannya. Keadaan ini berterusan kerana mereka fikir
bahawa mereka tidak akan tertangkap oleh mana-mana pihak dan mereka tidak mempedulikan
tentang akibat atau hukuman yang bakal mereka tempuhi seandainya mereka
tertangkap. Walaupun ramai di kalangan
pelajar yang mahu dan melakukan penyelidikan sendiri, mereka tidak boleh
menyatakan hasil penyelidikan mereka tersebut dalam perkataan dan menggunakan
ayat mereka sendiri. Mereka tetap
memerlukan ayat orang lain untuk diplagiat bagi melengkapkan penerangan
mengenai penyelidikan mereka.
3.0 KESAN-KESAN
PLAGIATISME
Plagiatisme
adalah satu kesalahan yang serius dalam akademik dan melakukan kesalahan
tersebut boleh membawa kepada kegagalan dalam sesuatu subjek. Dalam kes-kes plagiatisme yang dilakukan
secara tidak sengaja, contohnya seperti pengabaian dalam petikan sumber yang
dilakukan, pensyarah boleh memilih untuk menangani kesalahan tersebut dengan
merujuk kepada kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini. Pelajar dinasihatkan agar berhati-hati dalam
memetik sumber dan mengaitkan idea-idea supaya tidak timbul sebarang salah
faham atau tuduhan memplagiat.
Polisi
plagiatisme diadakan untuk memberi garis panduan kepada pelajar-pelajar agar
mereka sedar tentang hukuman yang bakal mereka hadapi jika disabitkan dengan
kesalahan memplagiat. Polisi untuk
kesalahan memplagiat adalah berbeza di antara universiti, ini kerana polisi
plagiat dihasilkan melalui perbincangan di antara kakitangan sesebuah
university tersebut. Namun apa yang
pasti nya, pelajar yang melakukan plagiat akan dikenakan tindakan disiplin
samada gagal dalam subjek tersebut, digantung daripada pengajian selama satu
semester dan banyak lagi tindakan yang boleh diambil yang difikirkan relevan
untuk sesuatu keadaan.
Mereka
yang ditangkap melakukan plagiat akan mengalami tekanan atau kesan yang
berpanjangan kerana malu reputasi mereka telah rosak. Jika sebelum ini merka berbangga kerana
kebijakan dan kepandaian mereka tetapi apabila mereka ditangkap memplagiat,
mereka sedar reputasi mereka sebagai pelajar yang bijak dan pandai telah
diragui. Mereka akan dilabel sebagai
pelajar yang tidak jujur. Sebagai
contoh, pada bulan Februari 2010, Gerald Posner “Bintang Harian” telah meletak
jawatan sebagai Ketua Wartawan Penyiasatan selepas ia dilaporkan bahawa
memplagiat lima ayat dari akhbar Miami.
Insiden tersebut mendapat perhatian umum dan Posner sendiri, beliau
merupakan penulis kepda 11 buah buku, terus meletakkan jawatan kerana merasakan
reputasinya telah tercemar.
Mereka
yang melakukan plagiatisme juga boleh tertakluk kepada tindakan
undang-undang. Dalam kes-kes tertentu,
empunya bahan atau sumber yang diplagiat boleh mendakwa orang memplagiat sumber
atau bahan nya. Mereka boleh di sabitkan
dengan kesalahan pelanggaran hak cipta.
Atas sebab ini, kesan plagiatisme bukan sekadar memburukkan rekod
akademik atau memburukkan reputasi anda sebagai penulis tetapi ia juga boleh
mengheret anda ke makhamah.
Plagiatisme
juga menunjukkan kurangnya rasa hormat pelajar terhadap pihak yang mengambil
tindakan contohnya adalah pensyarah.
Pelajar sedia maklum bahawa aktiviti memplagiat akan dikenakan hukuman
tetapi mereka tetap melakukannya, ia menunjukkan mereka tidak menghormati
pensyarah mereka sendiri. Selain dari
itu, plagiat juga menunjukkan pelajar tidak menghormati pemilik asal sumber
atau bahan yang mereka plagiat tersebut.
Pelajar
yang mengamalkan plagiat juga merupakan pelajar yang tidak menghormati hak diri
nya sendiri. Mereka tidak memberi ruang
kepada diri sendiri untuk menunjukkan kekreatifan mereka dan potensi
intelektual mereka. Mereka sekadar
membiarkan idea-idea mereka terpendam dan membeku di dalam fikiran mereka tanpa
memberi peluang untuk diri sendiri cuba mencapai hasil dari pemikiran mereka
sendiri. Plagiatisme juga menunjukkan
cirri-ciri seorang pelajar yang tidak kisah tentang sifat kejujuran dan
keikhlasan yang perlu ada dalam diri masing-masing. Mereka tidak cuba untuk mengekalkan integriti
peribadi mereka.
Apabila
seseorang pelajar pernah terlibat dalam aktiviti plagiatisme, ianya akan
memusnahkan motivasi dalam diri mereka untuk menyiapkan setiap tugasan mereka
menggunakan idea sendiri. Plagiatisme
adalah sangat senang untuk dilakukan dan pelajar tidak memerlukan banyak masa
serta tidak perlu memerah otak untuk menyiapkan tugasan mereka. Disebabkan itu, pelajar tidak lagi mempunyai
motivasi yang tinggi dalam diri mereka, mereka Cuma memikirkan tentang sesuatu
yang lebih mudah dan cepat sahaja.
Apabila
pelajar melakukan plagiat dalam menyiapkan tugasan mereka, pelajar tersebut
secara tidak langsung samada mereka menyedari nya ataupun tidak, mereka telah
menahan diri mereka daripada merebut peluang untuk mempelajari dengan lebih
mendalam mengenai kandungan subjek yang telah dipelajari. Secara tidak langsung, mereka juga telah
kehilangan peluang untuk memantapkan kajian dan kemahiran menulis mereka. Tugasan yang diplagiat bermakna tiada kepentingan
pembelajaran yang dicapai kerana pelajar gagal mempraktikkan sepenuhnya apa
yang mereka pelajari untuk menyiapkan tugasan yang diberi
4.0 CARA-CARA
MENANGANI PLAGIATISME
Apabila
pelajar datang, pada beberapa minggu pertama mereka perlu beberapa sesi kelas
tambahan untuk berbincang mengenai rujukan dan semua perkara lain yang
dirasakan perlu untuk menyiapkan sesebuah tugasan (N.Handa, 2005). Pelajar perlu didedahkan dari awal kemasukan
mereka ke institusi pengajian mengenai aktiviti plagiatisme yang perlu
dielakkan oleh mereka. Pendedahan awal
akan membantu pelajar baru untuk terus memotivasikan diri mereka agar sentiasa
melakukan setiap tugasan dengan hasil pemikiran sendiri.
Manakala,
hasil daripada penyelidikan terhadap pelajar di India, pelajar mendedahkan
bahawa mereka diajar untuk membuat penulisan berasaskan atau dengan merujuk
kepada mana-mana buku dan teks dari penulis lain bagi mendapatkan markah yang
tinggi (Cadman, 1997). Pelajar perlu di
ajar mengenai cara untuk menjadikan sesuatu sumber atau bahan itu sebagai rujukan
mereka. Cara penulisan rujukan yang
betul akan mengelakkan mereka daripada tuduhan memplagiat. Tidak salah merujuk sesuatu sumber kerana
dalam konteks pembelajaran di universiti, pelajar digalak berbuat demikian
sebagai panduan bagi meningkatkan pemahaman dalam sesuatu bidang ( Zulkifli Abu
Bakar, 2009).
Seseorang
pelajar itu perlu mengetahui dan memahami tentang polisi yang ditetapkan oleh
pihak universiti mengenai etika dan integriti dalam penerbitan. Pelajar tidak boleh mengambil mudah dan
memandang remeh tentang polisi ini dan juga mereka perlu membuang anggapan
bahawa mereka tidak akan ditangkap jika melakukan plagiat. Pihak universiti juga memainkan peranan bagi
memastikan polisi tentang etika dan integriti dalam penerbitan mudah diperolehi
oleh pelajar.
Pihak universiti
boleh membantu pelajar dalam menangani masalah plagiatisme ini melalui
penyediaan ruang dan peluang untuk pelajar mengikuti kursus penulisan
akademik. Kursus seperti ini dapat
membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam menyiapkan tugasan
mereka serta dapat mengelakkan perbuatan plagiatisme yang kian berleluasa kini. Pelajar seharusnya sentiasa peka terhadap ciri-ciri
plagiatisme bagi memudahkan mereka untuk mengelak daripada melakukan perbuatan
tersebut.
Selain
daripada itu, pihak universiti perlu menetapkan agar setiap pelajar menyertakan
surat akuan yang ditandatangani bersama dengan setiap tugasan yang dihantar
kepada pensyarah mereka. Surat akuan
tersebut adalah surat mengenai perakuan pelajar yang sedia maklum dan memahami
apa itu plagiatisme serta menjelaskan yang mereka tidak melakukan plagiat dalam
menyiapkan tugasan mereka. Pihak
universiti perlu menyediakan format surat tersebut agar ianya dapat diseragamkan
dan memuat naik ia melalui laman web universiti bagi memudahkan pelajar untuk
memuat turun surat tersebut walau dimana mereka berada.
5.0 KESIMPULAN
Perbuatan
plagiatisme sangat berleluasa dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi
pada hari ini. Pendedahan awal selalu
sahaja diabaikan oleh pihak university lalu menyebabkan masalah plagiatisme ini
sukar untuk dibanteras. Terdapat ramai
di kalangan pelajar yang masih samar mengenai cirri-ciri plagiatisme yang
sebenarnya. Akibat daripada perbuatan
plagiatisme ini, pelajar kekurangan motivasi diri untuk melakukan setiap
tugasan tanpa memerlukan bantuan ayat-ayat daripada sumber atau bahan yang
telah sedia ada. Tambahan pula, sikap
pensyarah yang mendorong pelajar untuk mengadakan rujukan daripada bahan dan
sumber yang benar telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar mengenai
plagiatisme. Ternyata perbuatan
plagiatisme menjadi punca kebejatan intelektual para pelajar kerana mereka
tidak akan menggunakan idea mereka sendiri bagi menyiapkan tugasan yang diberi.
Plagiatisme
menyebabkan idea-idea baru sukar untuk diperolehi dan dihasilkan oleh generasi
baru pada masa kini. Mereka lebih
cenderung untuk menyalin idea-idea penulis lain dan mencantumkannya untuk
menjadikan satu tugasan seperti yang diminta oleh pensyarah mereka. Ketajaman minda generasi baru semakin
berkurangan akibat daripada berleluasa nya perbuatan plagiatisme ini. Pihak yang terlibat dalam usaha membanteras
plagiatisme di kalangan pelajar perlu memandang serius masalah ini dan perlu
mengambil tindakan tegas seperti memeriksa setiap tugasan dengan menggunakan
perisian anti-plagiat. Setiap hukuman
seperti yang telah ditetapkan didalam polisi setiap universiti perlu dilaksanakan
agar perbuatan memplagiat hasil karya orang lain dapat dibanteras.
Subscribe to:
Posts (Atom)