Pages

Powered by Blogger.

Pages - Menu

Ads 468x60px

Sunday 12 May 2013

PEPATAH

  1.  Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
  2.  Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]
  3.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]
  4.   Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
  5. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]
  6. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]
  7. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]
  8.  Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
  9.  Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]
  10.  Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
  11. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]
  12.  Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]
  13.  Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
  14.  Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]
  15.  Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]
  16.  Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
  17. Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]
  18. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]

0 comments:

Post a Comment