Simpulan Bahasa
adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis
peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.
1. ada hati
Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
Ayatβ : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.
2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licin
Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.
3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu
Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.
4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.
Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.
5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.
6. anak bongsu
Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga
Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.
7. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.
8. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.
9. angkat bakul
Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.
Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.
10. atas angin
Maksud : Negara-negara barat
Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.
11. banyak mulut
Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.
12. batu api
Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.
13. batu loncatan
Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.
14. bekas tangan
Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.
15. bergadai nyawa
Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa βkebakaran.
16. buah mulut
Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah βmulut seluruh kampung.
17. buah tangan
Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.
18. bulat kata
Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.
19. durian runtuh
Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Ayat : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.
20. gaji buta
Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh
Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.
21. ikat perut
Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu βmemberikan wang saku kepadanya.
22. iri hati
Maksud : perasaan cemburu
Ayat : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.
23. jalan buntu
Maksud : tidak mendapat kata sepakat
Ayat : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.
24. keras kepala
Maksud : tidak mahu mengalah
Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.
25. khabar angin
Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya.
26. langkah kanan
Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu.
27. langkah seribu
Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
Ayat : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.
28. mandi peluh
Maksud : basah dengan peluh
Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.
29. mata duitan
Maksud : orang yang mementingkan wang saja
Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.
30. pilih kasih
Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.
31. rambang mata
Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.
32. ringan tangan
Maksud : suka menolong orang
Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.
33. ringan tulang
Maksud : rajin bekerja
Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.
34. sampai hajat
Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.
35. saudara baru
Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam
Ayat : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi.
36. senyum kambing
Maksud : senyum mengejek
Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.
37. tanda mata
Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.
38. tangan terbuka
Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan
Ayat : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.
39. tangkai jering
Maksud : orang yang kedekut
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.
40. ulat buku
Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.
Sangat bagus cikgu
ReplyDeleteCikgu kene hafal ke π π ?
ReplyDeletedah aca dah cikgu
ReplyDeletehi
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteusah menjahit di senja hari,matamu rabun sebelum tua apa maksunya
ReplyDeleteMantap ckg
ReplyDeleteTiber
DeleteHai
Deletecikgu ambil berat apa
ReplyDeleteCikgu takde pun ape yang saya cari
ReplyDeleteπ
ReplyDelete